Sep 7, 2013

Potong Kuku Malam Malam Pendek Umur

Pernah dengar bila orang kata potong kuku memalam tak baik nanti pendek umur.

1. Potong kuku memalam pendek umur.
Relevennya : Waktu malam kan gelap, zaman dedulu, dalam rumah tak ada lampu, then, orang pakai lampu minyak tanah tu yang klasik tu yang pakai minyak tu.  So, cahaya dia agak malap dan pandangan pun tak berapa jelas dan dulu dulu tak ada ketip kuku semua orang potong kuku pakai pisau/atau benda tajam lain.  Makanya bahaya, dah la gelap, pakai pisau pulak BAHAYA.  So, tak releven  dah larangan ini pada hari ini kerana kita dah ada spotlight  dalam rumah.

2. Mandi memalam nanti kau kene peparu berair.
Relevennya : Zaman dedulu, bilik mandi semua kat luar rumah, macam tadi, malam kan gelap pastu macam tadi jugak pakai lampu minyak tanah. kalau keluar pergi mandi memalam nanti ada haiwan berbisa ngap so BAHAYA.  Dan itu orang dulu dulu melarang mandi malam dengan alasan kalau mandi malam peparu berair.  Ada logiknya tu, tapi kalau kita tinggal di Malaysia yang beriklim panas dan lembab sepanjang tahun, tak ada masalah mandi malam. Melainkan awak tu tinggal kat Greenland ke apa. Tak elok lah mandi malam sejukkkk.  

3. Potong buah terbalik nanti mengandung anak songsang.  
OK. yang ni tak berani nak kata tapi orang muda pun percaya ni.  Tak dengar lagi orang cerita logiknya larangan ini berkuatkuasa.  Dan lagipun, kalau kita nak potong buah kan, kalau potong terbalik atas songsang kan macam susah.  Takot tersasar dan terpotong tangan gamaknya.  Ha yela mungkin lah.  

Disclaimer :  
Tajuk dan isi entry diatas adalah berdasarkan kefahaman individual penulis hasil dari pembacaan dan pertanyaan.  Sebarang ganggu gugat hasil dari perkongsian maklumat diatas adalah bukan dibawah tanggungjawab penulis. Ececeh.