Sep 9, 2013

Like Crazy Movie - Preview


Kelmarin duduk dalam bilik sensorang daripada pagi sampai malam layan Running Man, layan movie ntah apa-apa movie ntah lepas tu malam decide tengok semula cerita LIKE CRAZY.  Cerita cinta ni memang sweet gila nak mampus tetiba teringat ex boipren yang setahu saya sihat sihat hendaknya.  

Preview :
Anna dengan Jacob couple dalam cerita ni. Like Crazy ni mengisahkan cerita cinta yang sangat tragis long distance relationship.  Anna express rasa suka dekat Jacon through surat, depa ni belajar kat university yang sama di US tapi course lain lain.  Then depa pun date.  Anna ni orang British yang belajar kat US.  So ibarat bercinta time belajar lah ni. Lepas habis belajar, sepatutnya, Anna balik Britain, tapi di sebabkan di sayang nak tinggalkan Jacob, dia decided untuk violate dia punya student visa.  Dia stay kat US sampai end of summer then balik.

Few months lepas tu, dia ingat nak pergi balik US jumpa Jacob, tapi tak boleh masuk US sebab dia dah once violate visa dia dulu.  So kena balik Britain balik tak dapat jumpa.  Then, isu mula timbul, seperti semua orang tahu long distance relationship ni memang payah nak commit.  Break up, baik balik, move on, baik balik bla bla bla, at last, depa kahwin tapi, visa still tak settle. Maknanya, depa takleh duduk sekali sebagai suami isteri normal.  So, nak tahu macam mana depa survive, or ending dia, harus tengok cerita ini hik.  

Memang sedih gila sadis takleh blah yet sweet nak mampus jalan cerita dia. haih.  Macam mana diaorang rindu macam mana diaorang punya ego memang sweet gila.  So, sila tonton.  ^.^