Sep 12, 2013

Bintang - Milky Way

Selamat pagi, 

Semalam sebab kan bosan duduk rumah, bila ada orang ajak pergi makan aku pun OK kan je. So, kami makan dekat Pak Putra roti nan Jalan Laksamana Melaka.  Practically, aku tak makan pun, tengok orang makan je.  Then, lepas makan pergi lepak pantai.  Langit cerah malam tadi so, nampak lah bintang.  Dan aku keluarkan soalan macam "Mana datangnya bintang ni". Dan berlakulah seisi pergaduhan mengenai kedudukan bintang, sistem solar, milky way, graviti dan jisim vs berat.  

Sistem Solar.
Sistem solar terdiri daripada Matahari sebagai bintang besar dan beberapa planet yang mengorbit matahari di laluan orbitnya sendiri.  Planet dalam sistem solar terdiri daripada Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Jupiter, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto.  Terdapat juga external planet kecil dan objek lain yang dijumpai di dalam sistem suria yang dikenali sebagai asteroid, bulan, Cetrus dan sebagainya.  

Bima Sakti.
Atau Milky Way adalah Galaksi yang terkandung beribu ribu sistem solar dan gugusan planet dan batu angkasa dan juga terkandung sistem solar didalamnya.  

Bintang.
Adalah objek di angkasa lepas yang menghasilkan cahaya sendiri.  Ada diantara bintang yang menghasilkan cahaya memlalui proses pembakaran gas macam matahari.  Kebesaran bintang adalah dipengaruhi oleh jaraknya dari bumi.  Lagi jauh lagi kecil.  Kelipan bintang terhasil daripada permukaan bintang yang tidak rata seiring dengan aktiviti pusingan atau aktiviti orbitnya.  So, seiring dia bergerak tu dalam paksinya tu dengan permukaan yang tak rata sebab tu kadang kadang kita nampak bintang berkelip. Cuba bayangkan seketul cermin yang tak rata permukaannya disuluh dengan torch light.  Kan pantulan dia tak sekata.  

Kesimpulan :  Kedudukan bintang adalah bukan diantara bumi dan bulan.  Dan bintang bukan terapung hasil daripada tarikan graviti antara bumi dan bulan.  Jyeah!