Oct 26, 2013

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

Selama 3 tahun berada di Seri Iskandar, belum sekali pun jejak Kellie's Castle ni.  15 minit dari UiTM, 20 minit dari Ipoh.  Last week, pergi Seri Iskandar, settle referee for sambung Master punya hal, bawak la sorang member ni kaki jalan singgah Kellie's Castle, tengah hari buta.  Alhamdulillah, settle semua hal sebelum makan tengah hari.  So, a bit pasal Kellie's Castle ni, 


  1. Juga dikenali sebagai Kellie's Foly.
  2. Dibina oleh William Kellie Smith seorang jurutera yang datang je Malaya untuk membina lebuh raya di sekitar Perak.
  3. Dibina tanpa menggunakan simen kerana masa dia nak bina istana ni untuk bini dia, simen belum ada. So dia guna putih telur itik, pasir dan gula merah juga madu yang mana macam nak buat kuih dah pun. 
  4. Masa kami jelajah tempat ni, pembinaan dia memang unik.  Ada banyak laluan atau pintu keluar rahsia, bilik simpan arak dia memang cool walau takda arak pun.  
  5. Tangga sangat banyak.  Sangat letih. 
  6. Tingkap sangat banyak.
  7. Banyak cerita hantu, kami dedau lepas balik gara gara mulut masing masing tak dapat tahan mencarut gara gara bau busuk yang menusuk sepanjang laluan naik keatas bumbung istana. 
  8. Masa William nak bina istana ni, wabak penyakit selesema Sepanyol, 'Spanish Flu' telah melanda, ramai pekerja buruh binaan istana mati akibat wabak tersebut, Dengan menurut permintaan pekerja beliau, William telah membina sebuah kuil berdekatan istana untuk pekerjanya dan setelah kuil tersebut dibina, wabak tersebut pun reda dan tiada lagi yang mati.
  9. Demi memperingati jasa William yang telah membina kuil, satu patung ukiran William telah dibina dan diletakkan di sebelah patung dewa dewi di atas kuil tersebut.  Ada lagi kot patung William tu. 
  10. Haa ada laluan rahsia dari istana ke kuil.  Kami tak boleh masuk sebab depa tak bagi. 
  11. Yang unik, istana ni tepi sungai. 
  12. Yang menarik, Pemandangan dia lahaiiiiiiiiiii syok sangat!
  13. Yang tak best, cerita hantu depa duk tampal kat dinding istana macam 'disinilah seorang jurugambar merakam gambar bayangan lelaki inggeris termenung di beranda'. 

  
Ini dia Pak William kita yang baik hati tu



Lepas jenjalan istana, kami pun pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum pulang, singgah makan ketiau aimar. Shah alam. 


Ni part paling best.  Vanggey sapdek!
Sekian.  It was fun. :)