Sep 26, 2013

Jumping Jack

Siapa nak gemuk? Siapa nak kurus? Aku pun nak kurus.  Siapa nak gemuk? Walau aku taknak gemuk, tapi still aku tak boleh menghalang diri sendiri untuk tidak sengaja menjadi gemuk. Sebab? Makan tak hingat.  Bila dah kenyang baru nak ingat kurus.  Time lapar? 'Besok je start diet'.  Kesudahannya, berat naik makin naik dan naik.  Antara exercise yang patut aku dan sesiapa nak kurus tapi malas pergi gym adalah.  

Lompat Bintang.  Lompat bintang adalah salah satu aktiviti riadah untuk mengeluarkan peluh, tingkatkan stamina, memecah lemak  (yang ni menarik) dan menguruskan badan.  Senang je nampak macam eh yeke boleh kurus? Tapi berkesan.  Lepas buat 50 kali, berpeluh peluh macam baru lepas jogging keliling bandar.  Haaa.  Serius.  Sebelum buat lompat bintang, lari setempat jap.  Lepas buat lompat bintang, lari setempat lagi.  Pergh, berpeluh peluh lepastu badan rasa ringan.  Cer kalau mengantuk, tengah hari ke petang macam waktu waktu cenggini buat lompat bintang.  Takyah bebanyak.  20-30 boleh hilang mengantuk.  Amaran, aktiviti ini tidak sesuai ketika anda sedang menunggu bas di bus stop atau menaiki train di tengah bandaraya.  Dikhuatiri anda di label buang tebiat.  

Boleh kurus kalau amalkan setiap hari. Serious talk ni.  Tengok review ramai kata.  Aku nak cuba ni serious serious jyeahhh.  

Selamat mencuba, Tolong istiqamah ye Farahin.  Nak kurus kannnnnn? Dan kurangkan makan.  Dan beli yoga mat.  Ok ini lebih.