Feb 9, 2013

Unexpected things from the unexpected person.

So meh citer pasal those expected things yang anda semua did expect dari mula kaki turun katil (bangun tidur) sampai lah kaki naik katil (tidur).  Things macam bangun pagi apa ubat gigi yang akan digunakan, naik apa pergi kerja dan siapa yang akan ditemui di tempat kerja dan apa yang akan berlaku pada anda kalau anda datang lambat.  

Saya sebagai manusia biasa, suka lah bangun tidur berangan atau perkataan manis sikit, plan atau rancang apa yang akan saya lakukan dan dengan siapa ia akan dilakukan sambil berdoa perkara terbaik akan berlaku.  :)

Jumaat bersamaan 8 February 2013, saya mula melaporkan diri di Bahagian Pentadbiran IPK Melaka pada DSP Shahidan.  Lepas 30 minit berkenal kenal dengan isi opis tersebut.  Nak guna aku boleh? boleh la eh? Mulakan kerja dengan menaip semula minit yang telah diolah, buntang biji mata aku baca tulisan pegawai tu yang bersambung sambung.  And all of a sudden (eceh omputih kemain), dengar suara besar Tuan tu dari belakang. " Farah tinggal dulu kerja tu, awak masuk pantry tunggu Encik Zaili sekali".  Maksud dia masuk pantry dengan Encik Zaili dan biar dia masuk dulu.  Eh?  

Then aku pun tunggu Encik Zaili dan masuk, nampak kek ada lilin orang keliling tunggu hulur pisau.  pisau pemotong kek. "Farah birthday bulan 2 kan? Berapa haribulan?"  Aku terkesima sambil kata "Satu".  Encik Zaili 6th.  So, sampai la ni aku tertanya tanya, cemana dia tau birthday aku?  Resume kot.  So, below tu hadiah hik hik hik.  


*Ni selingan, lepas jaga Peperiksaan Undang Undang Pertengahan kelmarin, kami pergi lunch dekat mana aku tak sur tapi dalam Melaka.  Nama kedai tu De Nyiru.  TERBAIK MAKAN DALAM NYIRU TERBAIK OK TERBAIK.